Khamis, 15 Mei 2014

Rombongan Jejak Sunnah ke Negeri Perlis : Lawatan Muhibbah Bersama Al-Islah Perlis

Perlis, 23hb Mac 2014 :- Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang (PMPP) telah menganjurkan satu rombongan Jejak Sunnah ke Negeri Perlis. Beberapa destinasi lawatan telah ditetapkan dalam mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa sebelum tarikh lawatan. Seperti yang dipersetujui di dalam mesyuarat tersebut, destinasi pertama rombongan tersebut adalah di Teratak Rahmat. Di sinilah ahli rombongan PMPP disambut oleh wakil-wakil dari Persatuan Al-Islah Perlis.




Teratak Rahmat merupakan sebuah Pusat Penempatan anak-anak yatim piatu yang diselenggara oleh Persatuan Al-Islah Perlis. Kuliah-kuliah sunnah bulanan turut diadakan di sini. Hasil pertemuan ahli-ahli PMPP dan Persatuan Al-Islah Perlis memberi ruang perkongsian method penyebaran dakwah dan aktiviti kedua-dua persatuan. Program lawatan dimulakan dengan ucapan Dr Hazman Hassan dan Ustaz Ihsan dari Persatuan Al Islah Perlis, yang kemudian diikuti tazkirah ringkas oleh Ustaz Wan Noordin Wan Harris, Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang.






Beberapa persembahan slaid kemudian dipertontonkan kepada para hadirin yang antaranya memaparkan gambar-gambar lawatan Persatuan Al-Islah Perlis ke pusat-pusat penyebaran sunnah di negeri Pulau Pinang. Wakil-wakil PMPP dan wakil-wakil dari pusat-pusat penyebaran sunnah di Pulau Pinang seperti Masjid Rajabee, Masjid Karwa menerima sedikit cenderamata dari Pihak Al-Islah Perlis sebelum majlis makan tengahari. Sesi lawatan diakhiri dengan acara bergambar sebagai kenangan.



Penerimaan Cenderamata dari Pihak Al Islah Perlis

Sesi Bergambar

Persembahan Slaid


Qiamulramadhan

Artikel ini ditulis oleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang, Ustaz Wan Noordin Wan Harris


    Solat malam biasanya dilakukan oleh Rasullulah s.a.w tidak lebih daripada tiga belas rakaat ini bedasarkan hadis-hadis berikut saya nyatkan disini secara ringkas, dan sesiapa yang berminat bolehlah merujuk sendiri matan-matannya dalam kitab-kitab hadis , cara-caranya sebagai berikut:

  1. Hadis Ibnu Abbas r.a dan di sahihkan oleh Abu Daud(13 rakaat : tiap-tiap dua rakaat salam dan witir satu dan dilakukan dirumah Maimunah ummul mukminin, bukan bulan Ramadhan.
  2. Hadis Aishah ummul mukminin dari sahih Muslim: Solat dua rakaat(Albani kata dua rakaat itu ba'diah isyak) dan selepas itu ia solat lapan rakaat dan witir dirakaat kesembilan (satu rakaat).(tidak disebut bulan Ramadhan).
  3. Hadis Aishah juga yang diriwayat oleh Muslim pada sahihnya: Solat lapan rakaat dengan salam tiap-tiap dua rakaat dan witir dengan lima rakaat , bertashahud dan salam dirakaat akhir, ini juga merupakan solat malam dibulan biasa.
  4. Hadis Aishah r.a. Dari riwayat Muslim dan Abu Daud: Solat sebelas rakaat dengan salam pada tiap dua rakaat dan witir satu rakaat (dibuat dirumah tidak disebut bulan Ramadhan).
  5. Hadis Ibnu Abbas dan Ibnu Umar radhiallahu anhum diriwayat oleh Malik,Albukhari ,Muslim dan lain: Bahawa saorang lelaki bertanya kepada Rasullulah s.a.w : bagaimana solat malam wahai Rasullalah, maka jawab Rasullullah s.a.w solat malam dua-dua dan jika kamu takut terlepas subuh maka witirlah dengan satu rakaat. Sedang ia tidak disebut bilangan rakaat keseluruhannya.
  6. Lain-lain riwayat juga solat malam biasa merupakan witir dan akan kita bincangkan selepas ini inshaallah.



Semua cara yang dinyatakan dalam hadis-hadis ini adalah dilakukan pada bulan biasa dan bersendirian dan bukan pada bulan Ramadhan, kerana tidak di nyatakan secara jelas juga tidak dilakukan secara berjemaah di masjid, adapun solat berjemaah dengan Ibnu Abbas dilakukan dirumah Maimunah (orang lain tidak ikut serta), sedangkan ibnu Abbas pada waktu itu saorang kanak-kanak. Tidak ada satu riwayat pun yang menunjukkan bahawa solat malam dilakukan secara berjemaah pada bulan-bulan biasa. Ulamak -ulamak sunnah memandang solat qiamu allail secara berjemaah sebagai bidaah kerana tidak pernah dibuat oleh Rasul dan para sahabatnya.


Adapun solat qiamu ramadhan setelah kami teliti pada kitab yang muktabar, kami dapati kebanyakkan penyusun-penyusun kitab mengemukakan hadis berikut sebagai dalil bahawa ada cara yang khas yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadhan. Perhatikan hadis ini:


عن ابي سلمة بن عبد الرحمن انه اخبره انه سال عائشة رضي الله عنها كيف كانت صلاة
رسول الله صلى الله عليه و سلم في رمضان فقالت ما كان رسول الله صلى الله عليه و سلم
يزيد في رمضان و ﻻ في غيره على احدى عشرة ركعة يصلي اربعا فلا تسل عن حسنهن و
طولهن ثم يصلي اربعا فلا تسل عن حسنهن و طولهن ثم يصلي ثلاث قالت عائشة قلت
يا رسول الله اتنام قبل ان توتر فقال يا عائشة ان عيني تنامان و ﻻ ينام قلبي
متفق عليه

Ertinya: Dari Abu Salmah bin Abdul Rahman ia menceritakan bahawa ia telah bertanya Aishah r.a
Bagaimanakah solat Rasullullah s.a.w pada bulan Ramadhan? Aishah menjawab tidak pernah Rasullalah s.a.w solat pada bulan Ramadhan juga pada lain bulan melebihi sebelas rakaat .

Ia solat empat rakaat maka jangan kamu tanya tentang baiknya dan panjangnya, kemudian ia solat lagi empat rakaat maka jangan kamu tanya tentang bagusnya dan panjangnya kemudian ia solat tiga rakaat, berkata Aishah r.a aku bertanya wahai Rasullulah adakah engkau tidur sebelum
engkau berwitir? Jawab Rasullullah s.a.w: Wahai Aishah sesungguhnya mata-ku tidur tetapi qalbuku tidak tidur (Mutafaqun Alaih) .


Kifiat solat yang diceritakan oleh Aishah r.a merupakan khusus bagi solat malam bulan Ramadhan atau qiamuramadhan, soalan yang ditanya kepada Aishah r.a . yang berbunyi:
كيف كانت صلاة رسول الله صلى الله عليه و سلم في رمضان
Ertinya: Bagaimanakah solat Rasullullah s.a.w pada bulan Ramadhan?
Berbanding dengan soalan pada hadis Ibnu Abbas r.a yang berbunyi :
كيف صلاة الليل يا رسول الله

Ertinya: Bagaimana solat malam ya Rasullalah ?
Disini kita nampak jelas bahawa soalan berbeza dan jawaban pun berbeza.

Rasullullah s.a.w solat empat rakaat dan bagaimanakah dilakukannya empat rakaat tersebut, dibawah ini saya ingin mengemukakan pendapat ahli ilmu tentang hadis ini.

1. Kata Assonaani dalam kitabnya سبل السلام سرح بلوغ المرام
dalam syarah hadis Aishah diatas, ia berkata:
يصلي اربعا يحتمل انها متصلات و هو الظاهر و يحتمل انها مفصلات و هو بعيد
Ertinya: Ia solat empat rakaat berkemunkinan ia sambung(dengan satu salam- pen) ini yang jelas dan berkemunkinan ia pisahkan menjadi dua rakaat dua rakaat ini sangat jauh( dari pengertian- pen.) Ini bererti bahawa Assonaani mentafsirkan solat empat rakaat dengan satu salam.

2. KataAlimam Annawawi dalam kitab nya:
صحيح مسلم بشرح الامام محي الدين النووي
Ia berkata pada syarah hadis Aishah ( يصلى اربعا ثم اربعا ثم ثلاثا) [Ertinya ia solat empat rakaat kemudian empat rakaat kemudian tiga rakaat]

Saya catit teks kommenterinya sebagai berikut:وانه يجوز جمع ركعات بتسليمة واحدة
Ertinya:”Dan sesungguhnya dibolekan solat beberapa rakaat (dalam kes ini empat rakaat)
dengan satu salam”.Ini sudah jelas bahawa empat rakaat dengan satu salam.
    1. Kata Muhadith Muhammad Nasiruddin Alabani dalam kitabnya yang di terjemah dengan tajuk “Kelemahan Hadits Terawih 20 Rakaat” beliau berkata dalam nota kakinya dalam mengkomentari hadis Aishah r.a. Sebagai berikut:
"Shalat 11 rakaat yaitu dengan cara 4 rakaat satu salam,empat rakaat satu salam lagi kemudian 3 rakaat.”
"Menurut zhahir hadisnya, beliau duduk ditiap-tiap dua rakaat tetapi tidak memberi salam, demikianlah penafsiran Imam Nawawi”
"Hadis yang menerangkan cara ini dengan tegas memang tidak ada,tapi memandangkan hadis Aishah yang menerangkan solat malam Nabi tidak lebih daripada 11 rakaat, maka 4 rakaat itu dilakukan dengan satu kali salam,maka caranya tidak berbeda dengan solat empat rakaat yang asal iatu Zuhur, Asar ataupun Isya', yaitu dengan dua tasyahud.”
Maka Albani juga membenarkan empat rakaat dengan satu salam.

Apakata pula tokoh ulamak Nusantara seperti:
  1. Prof. T.M. Hasbi Ash Shiddieqy dalam kitab masyurnya “Pedoman Solat” berkata:
"Dhahir hadits Aisyah yang di atas ini menyatakan bahawa empat rakaat itu Nabi SAW mengerjakan bersambung-sambung, empat rakaat sekali salam. Mengatakan bahawa Nabi SAW mungkin mencerai-ceraikannya yakni mengerjakan dua-dua jauh dari dhahir”
Ini adalah kenyataan ulama' yang terulung di Nusantara yang ahli dalam ilmu hadis, iaitu mengatakan nabi dalam hadis Aisyah menceraikan menjadi dua rakaat salam dan selepas itu dua rakaat salam adalah jauh dari dhahir makna hadis. Walaupun kafiatnya pada pendapat beliau tidak duduk pada rakaat kedua untuk tasyahud awal tetapi pada rakaat keempat sahaja namun penghurian hadis tersebut iaitu empat rakaat dengan satu salam adalah lebih tepat.

  1. Ustaz Aliga Ramli dalam kitab nya “ Shifat Dan Kaifiyat Qiyamul -lail, Shalat Tahajjud,Qiamu Ramadhan – Shalat -Lail dan Shalat Witir” yang diterbitkan oleh Lajnah Penerbitan PERSIS Bangil. Ia berkata:
    "Zahir hadis menunjukkan bahawa disebutnya 4 rakaat, kemudian 4 rakaat itu memberi arti setiap 4 rakaat memberi salam. Maka perdasarkan hadis diatas, Shalat lail itu dapat pula dikerjakan tiap-tiap 4 rakaat satu salam. “
    Beliau juga bependapat bahawa 4 rakaat satu salam itu harus ada tahiyat awal berdasarkan hadis yang di riwayatkan oleh Imam Ahmad sebagai berikut:
    ---------------اذا قعدتم في كل ركعتين فقولوا التحيات لله


Ertinya: Apabila kamu duduk ditiap-tiap dua rakaat maka ucapkanlah “Attahaiyat lillah....


  1. Cara solat empat rakaat satu salam dan tiga rakaat satu salam (4,4,3) adalah pilihan warga Mummadiah di Nusantara,
    Mari kita rujuk kepada sebuah risalah yang di susun oleh Abdurrahmman B : Bertajuk:
    صلاة تراويح قيام الليل دان وتر yang di terbitkan oleh Pimpinan Muhammadiah Wilajah Sumatera Utara. Majlis Taman Pustaka. Saya petik dari risalah itu kenyataan sebagai berikut:
"Sembahjang 11 raka'at yang dikerdjakan Rasul dengan tjara 4 raka'at sekali salam, 4 raka'at sekali salam kemudian 3 raka'at sekali salam jang di terangkan 'Aisjah itu nampak2-nya telah menjadi wirid (amalan tetap) bagi Nabi dalam bulan Ramadlhan sebelum Rasul mengerdjakannja di Mesdjid 3 malam ber-turut2 yang di ikuti para sahabat.”

Jadi sepanjang yang saya tahu Muhammadiah Pulau Pinang telah mengerjakan cara ini lebih empat puluh tahun sejak ia di tubuhkan pada 1965, hanya beberapa tahun kebelakang ini masjid-masjid yang dikuasai oleh warga Muhammadiah telah di ambil alih oleh pihak pemerintah maka terpaksa mengikut kehendak pemerintah. Maka terpaksalah mereka ikut cara jumhur ulamak dan mengenepikan sunnah Rasul s.a.w. Anih sekali kenapa institusi yang tidak dikuasai oleh pemerintah juga terikut dengan cara jumhur ulamak dan menolak sunnah?
Apakah segulungan kita telah menolak dalil sunnah dan menerima pendapat jumhur ulamak?
Sedangkan kita beribadah bedasarkan dalil hadis yang sahih, pendapat jumhur kalau bertepatan dengan Alquran dan Sunnah yang sahih maka boleh kita terima akan tetapi kalau berlawanan kita mesti tolak. Seperti kata Ustaz Muhammad Hamid dalam syarahnya pada kitab :
المنتقى من اخبار المصطفى - الحراني الجزء الاول
pada muka surat 617 seperti berikut:

الذي تطمئن اليه النفس من جهة الدليل و قوة الحجة هو هذا وان كان قول الجمهور بخلافه
و الله اعلم
Ertinya: Yang memberi ketenangan kepada jiwa (pada sesuatu pekara dalam agama-pen) ialah dengan merujuk kepada dalil (Hadis ) dan hujjah yang kuat inilah dia, dan jika(walaupun) sekiranya perkataan Jumhur ulamak menyalahi nya wallahu 'alam.

Memang benar kata rasul bahawa sunnah akan ditinggalkan diakhir zaman kerana memegang sunnahnya seperti menggengam bara api . Seperti sabda Rasullah s.a.w:

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم
المتمسك بسنتي عند اختلاف امتي كالقابض غلى الجمر رواه الحاكم

Ertinya: Dari Ibnu Mas'ud r.a. Ia berkata: Telah berkata Rasullah s.a.w orang yang memegang sunnahku di ketika berselisihnya umatku seperti memegang bara api. (riwayat Alhakim)*
Marilah kita kembali kepada tradisi Muhammadiah yang telah kita amalkan selama berpuluh tahun yang mengutamakan dalil yang sahih dan hujjah yang tepat. Waallahu ta'ala a'lam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Disusun oleh Abu Faisal, Pondok Upih, Balik Pulau- 8.10.1433 / 26.8.12

Rujukan:
  1. سبل السلام شرح بلوغ المرام الامام محمد بن اسماعيل الصنعاني
  2. صحيح مسلم بشرح الامام محي الدين النووي
  3. المنتقى من اخبار المصطفى الحراني
  4. Kelemahan Hadits Tarawih 20 Rakaat – Albani (penerbit Fitrah)
  5. Shifat dan Kaifiyat Qiyamul-Lail. Aliga Ramli -Lajnah Penerbitan Pesantren Persis.
  6. Pedoman Solat-Prof. T.M.Hasbi Ash Shiddieqy
  7. Koleksi Hadis-Hadis Hukum -Prof. T.M.Hasbi Ash Shiddieqy
  8. Kembali Kepada AlQuran dan Sunnah-K.H. Moenawar Chalil
  9. صلاة تراويح قيام الليل دان وتر – Abdurrahman B.- Pemipinan Muhammadijah Wilajah Sumatera Utara.


* Hadis dengan makna yang sama oleh Attarmuzi dengan darjat hasan

Ahad, 13 April 2014

Usrah Muhammadiyah Pulau Pinang

Untuk maklumat pengunjung, Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang (PMPP) telah mengadakan beberapa sesi Usrah yang berlokasi di Masjid Rajabee sesudah Solat Maghrib. Dalam sesi usrah dahulu Presiden PMPP dan Timbalan Presiden PMPP telah membuat pembentangan dan para hadirin diberi peluang untuk berdiskusi tentang tajuk yang dibentangkan.




Objektif program Usrah ini adalah untuk melahirkan pemikiran intelektual di kalangan Ahli PMPP. Pembentangan adalah terbuka kepada Ahli-ahli PMPP yang ingin membawa satu topik untuk berdiskusi dan diulas di dalam Usrah.

Solat Istisqa

Assalammualaikum

Air Itam, Pulau Pinang : Disebabkan cuaca panas yang berpanjangan dan berlarutan yang melanda negara, Solat Istisqa yang imamkan opleh Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang (PMPP), Ustaz Wan Noordin Wan Harris, telah diadakan pada pagi 9hb Mac 2014.





Diadakan di sebuah padang sebelah Surau Syeikh Yusof, Air Itam, Presiden PMPP memberi keterangan dan kefahaman mengenai Solat Istisqa menurut Al Quran dan Sunnah kepada para jamaah sebelum menunaikan solat.




Shalat istisqa hukumnya sunnah muakkadah (sangat ditekankan) ketika terjadi musim kering, karena Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam memerintahkan hal tersebut, sebagaimana dalam hadits ‘Aisyah Radhiallahu’anha:



Orang-orang mengadu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang musim kemarau yang panjang. Lalu beliau memerintahkan untuk meletakkan mimbar di tempat tanah lapang, lalu beliau membuat kesepakatan dengan orang-orang untuk berkumpul pada suatu hari yang telah ditentukan”. Aisyah lalu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar ketika matahari mulai terlihat, lalu beliau duduk di mimbar. Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bertakbir dan memuji Allah Azza wa Jalla, lalu bersabda, “Sesungguhnya kalian mengadu kepadaku tentang kegersangan negeri kalian dan hujan yang tidak kunjung turun, padahal Allah Azza Wa Jalla telah memerintahkan kalian untuk berdoa kepada-Nya dan Ia berjanji akan mengabulkan doa kalian” Kemudian beliau mengucapkan: “Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari Pembalasan. (QS. Al-Fatihah: 2-4). laa ilaha illallahu yaf’alu maa yuriid. allahumma antallahu laa ilaha illa antal ghaniyyu wa nahnul fuqara`. anzil alainal ghaitsa waj’al maa anzalta lanaa quwwatan wa balaghan ilaa hiin (Tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Dia, Dia melakukan apa saja yang dikehendaki. Ya Allah, Engkau adalah Allah, tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Engkau Yang Maha kaya sementara kami yang membutuhkan. Maka turunkanlah hujan kepada kami dan jadikanlah apa yang telah Engkau turunkan sebagai kekuatan bagi kami dan sebagai bekal di hari yang di tetapkan).” Kemudian beliau terus mengangkat kedua tangannya hingga terlihat putihnya ketiak beliau. Kemudian beliau membalikkan punggungnya, membelakangi orang-orang dan membalik posisi selendangnya, ketika itu beliau masih mengangkat kedua tangannya. Kemudian beliau menghadap ke orang-orang, lalu beliau turun dari mimbar dan shalat dua raka’at. Lalu Allah mendatangkan awan yang disertai guruh dan petir. Turunlah hujan dengan izin Allah. Beliau tidak kembali menuju masjid sampai air bah mengalir di sekitarnya. Ketika beliau melihat orang-orang berdesak-desakan mencari tempat berteduh, beliau tertawa hingga terlihat gigi gerahamnya, lalu bersabda: “Aku bersaksi bahwa Allah adalah Maha kuasa atas segala sesuatu dan aku adalah hamba dan Rasul-Nya” (HR. Abu Daud no.1173, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Abi Daud)

Sumber penerangan dan Hadis :  http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/shalat-istisqa-1.html