Khamis, 15 Mei 2014

Rombongan Jejak Sunnah ke Negeri Perlis : Lawatan Muhibbah Bersama Al-Islah Perlis

Perlis, 23hb Mac 2014 :- Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang (PMPP) telah menganjurkan satu rombongan Jejak Sunnah ke Negeri Perlis. Beberapa destinasi lawatan telah ditetapkan dalam mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa sebelum tarikh lawatan. Seperti yang dipersetujui di dalam mesyuarat tersebut, destinasi pertama rombongan tersebut adalah di Teratak Rahmat. Di sinilah ahli rombongan PMPP disambut oleh wakil-wakil dari Persatuan Al-Islah Perlis.




Teratak Rahmat merupakan sebuah Pusat Penempatan anak-anak yatim piatu yang diselenggara oleh Persatuan Al-Islah Perlis. Kuliah-kuliah sunnah bulanan turut diadakan di sini. Hasil pertemuan ahli-ahli PMPP dan Persatuan Al-Islah Perlis memberi ruang perkongsian method penyebaran dakwah dan aktiviti kedua-dua persatuan. Program lawatan dimulakan dengan ucapan Dr Hazman Hassan dan Ustaz Ihsan dari Persatuan Al Islah Perlis, yang kemudian diikuti tazkirah ringkas oleh Ustaz Wan Noordin Wan Harris, Presiden Muhammadiyah Pulau Pinang.






Beberapa persembahan slaid kemudian dipertontonkan kepada para hadirin yang antaranya memaparkan gambar-gambar lawatan Persatuan Al-Islah Perlis ke pusat-pusat penyebaran sunnah di negeri Pulau Pinang. Wakil-wakil PMPP dan wakil-wakil dari pusat-pusat penyebaran sunnah di Pulau Pinang seperti Masjid Rajabee, Masjid Karwa menerima sedikit cenderamata dari Pihak Al-Islah Perlis sebelum majlis makan tengahari. Sesi lawatan diakhiri dengan acara bergambar sebagai kenangan.



Penerimaan Cenderamata dari Pihak Al Islah Perlis

Sesi Bergambar

Persembahan Slaid


Tiada ulasan:

Catat Ulasan