Sejarah Muhammadiyah

Asal Usul Muhammadiyah Indonesia

Muhammadiyah didirikan di Kampung Kauman Yogyakarta, pada tanggal 8 Dzulhijjah 1330 H bersamaan 18 November 1912 oleh seorang yang bernama Muhammad Darwis, yang kemudian dikenal dengan KH Ahmad Dahlan.

Beliau adalah pegawai kesultanan Kraton Yogyakarta sebagai seorang khatib dan sebagai pedagang. Melihat keadaan umat Islam pada waktu itu dalam keadaan jumud, beku dan penuh dengan amalan-amalan bersifat mistik, beliau tergerak hatinya untuk mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya berdasarkan Al-Quran dan hadis. KH Ahmad Dahlan memimpin Muhammadiyah dari tahun 1912 hingga tahun 1922 dan diikuti oleh KH Ibrahim (1923 - 1932), KH Hisyam ( 1932 - 1936 ), KH Mas Mansur ( 1936 - 1942 ), Ki Bagoes Hadikoesoemo ( 1942-1953 ), Buya AR Sutan Mansur (1953 - 1959 ), HM Yunus Anis (1959 - 1962), KH Ahmad Badawi ( 1962-1968 ), KH Faqih Usman ( 1968-1971 ), AR Fakhruddin ( 1968-1990 ), KHA Azhar Basyir ( 1990-1995 ), Ahmad Rais ( 1995-2000 ), Syafii Ma'arif ( 2000-2005 ), Din Syamsuddin ( 2005-sekarang).

Sejarah Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang

Pada tahun 1951, Hj Ibrahim Abiki atau Hj Wanteh bersama Hj Ahmad Aceh, Ust Abu Bakar Hamzah, Ust Abdul Rahman Jamaluddin, Ust Pawancik, Mansor Ariff, Ali Zaini dan lain-lain telah menubuhkan Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang.

Hj Ahmad Aceh telah dilantik sebagai Yang Di Pertua dan Ust Abdul Rahman Jamaluddin sebagai Setiausaha.

Pada tahun 1953, Tuan Hj Ibrahim Abiki bersama ahli-ahli Muhammadiyah telah menganjurkan Muzakarah Alim Ulamak SeMalaya di Sekolah Ching Ling, Kampong Baru, Air Itam di mana Tuan Hassan Bandung hadir berdebat dengan Syeikh Fadulullah Suhaimi dari Singapura yang merupakan jaguh aliran tradisional.

Pada tahun 1954, Persatuan Muhammdiyah Pulau Pinang telah menunbuhkan Madrasah Al-Muhammadiyah Al-Islamiyah di Kampong Baru, Air Itam. Guru-guru yang mengajar pada ketika itu adalah Ust Abu Bakar Hamzah, Ustaz Abdul Rahman Jamaluddin, Ust Pawancik dan Ustaz Zainal Abidin Zamzam, Hj Ibrahim Abiki hanya datang mengajar sekali sekala.

Aktiviti Persatuan dan Sekolah Muhammadiyah kian berkurangan dan dibubarkan setelah kematian Hj Ibrahim Abiki pada tahun 1957 dan penyertaan Ust Abu Bakar Hamzah dalam politik. Pembubaran tersebut ada juga kaitannya dengan usaha menubuhkan persatuan Muhammadiyah seMalaya tetapi tidak dapat didaftarkan.

Muhammadiyah Pulau Pinang dapat ditubuhkan semula pada tahun 1967 dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Yang Di Pertua pertama ialah Hj Omar dan setiausaha Hj Ust Abdul Rahman Bin Jamaluddin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan