Visi Muhammadiyah Pulau Pinang
Menjadikan umat Islam sebagai khairu ummah dan Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam
Tujuan dan Misi Muhammadiyah Pulau Pinang
Menegakkan dan menjunjung tinggi agama Islam sehingga terwujudnya masyarakat Islam yang hakiki dengan:h dan keta
- Berikhtiar memahamkan kepada orang ramai supaya mengikut ajaran Al-Quran, Hadist sahih, ijma' ulama yang tidak berlawanan dengan hukum Allah.
- Berikhtiar mengembangkan agama Islam dengan apa cara sekali pun yang tidak berlawanan dengan undang-undang negeri.
- Berikhtiar mengadakan Majlis Perjumpaan Ulama' kerana mengulang kaji dan menghapuskan fahaman sesat dan bid'ah.
- Berikhtiar mencari jalan baji kebaikan dan kebajikan orang-orang Islam.
- Berikhtiar menolak fahaman dalam Islam yang berlawanan dengan dasar Al-Quran dan Hadist Sahih.
- Berikhtiar mengadakan pendidikan agama dan akademik yang berdasarkan Al-Quran, Hadist Sahih, Ijma' Ulama' yang tidak berlawanan dengan Al-Quran dan Hadith Sahih.
Dasar Perjuangan Muhammadiyah Pulau Pinang
- Hidup manusia mesti berdasarkan TAUHID, iaitu mengesakan Allah SWT dalam beribadah dan ketaatan.
- Hidup bermasyarakat.
- Hanya Islam satu-satunya ajaran hidup yang dapat dijadikan asas peribadi mulia dan kehidupan masyarakat yang tertib dalam mencapai kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.
- Berjuang menegakkan dan menjunjung tinggi Islam untuk mewujudkan masyarakat utama dan makmur yang diredhai Allah SWT adalah wajib sebagai ibadah kepada Allah dan berbuat Islah dan Ihsan kepada sesama manusia.
- Perjuangan menegakkan dan menjunjung tinggi Islam hanya akan terhasil dengan mengikut jejak (ittiba') perjuangan para nabi terutama Nabi Muhammad SAW.
Keperibadian Muhammadiyah Pulau Pinang
Dalam berusaha mencapai cita-citanya menegakkan dan menjunjung tinggi Islam sehingga terwujudnya masyarakat Islam yang hakiki, Muhammadiyah Pulau Pinang sebagai gerakan Islam dan dakwah amal ma'aruf nahi mungkar perlu memiliki ciri-ciri tertentu. Ciri yang dinamakan Keperibadian Muhammadiyah ini adalah:
- Beramal dan berjuang untuk mencapai kehidupan sejahtera.
- Memperbanyak kawan dan memperkukuhkan ukhuwah Islamiyah.
- Berlapang dada, luas pandangan dengan memegang teguh ajaran Islam.
- Bersifat Islamiy dan ijtima'iy (kemasyarakatan)
- Mematuhi segala undang-undang dan peraturan negara.
- Amar ma'aruf nahi mungkar dalam segala kelapangan serta menjadi contoh teladan yang baik.
- Aktif dalam perkembangan masyarakat dengan maksud islah dan pembangunan sesuai dengan ajaran Islam.
- Bekerjasama dengan semua kumpulan Islam dalam usaha mensyi'arkan dan mengamalkan Islam serta membela kepentingannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan